THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 18 March 2011

TIP2 PENJAGAAN ORKID..

1. MEDIA PENANAMAN ORKID        

  Sebenarnya orkid tidak susah ditanam, yg penting tentang keperluannya saja..Ini penting utk anda ketahui dan ambil berat kerana ia adalah benda hidup spt manusia yg memerlukan keadaan persekitaran yg sesuai spt makanan, minuman utk hidup. Menjadi tanggungjawab utk menyediakannya dan pastinya anda akan gembira bila melihat ia subur dan mengeluarkan bunga yang cantik..SubhanaAllah...


Media penanaman orkid terdiri drp batu bata yg dipecahkan, pecahan arang, serbuk kayu, moss atau lumut serta tunggul kayu...itu adalah media yang saya gunakan buat masa skrg...seelok2nya media spt batu bata, arang serta serbuk kayu direndam terlebih dahulu di dalam racun kulat semlman..


Pecahkan batu bata, arang mengikut saiz besar dan kecil dan masukkan ke dlm pasu, susun atur dibahangian bwh dgn pecahan batubata yg besar serta selangselikan bersama arang yg kecil....tanam pokok orkid anda dan stabilkan ia...jika pokok orkid tinggi, boleh gunakan pancang sbgi sokongan....


Saya juga menggunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama arang dan batubata.....ini kerana serbuk kayu boleh meresap kadar air siraman dan bertahan lebih lama...kebanyakan orkid yg ditanam mengunakan media spt arang, pecahan batubata serta serbuk kayu adalah jenis Orkid Dendrobium, Vanda, Cattleya dan Phalaenopsis...






2 . PENYEDIAAN RUMAH TEDUHAN      



Bagi penggemar orkid, biasanya mereka lebih suka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual di kedai2 hardware..kadar teduhan jaring tersebut adalah 50%..
Rumah khas orkid bukan satu keperluan jika di laman kita dah ada mempunyai pokok teduh...Anda boleh meletakkan orkid2 anda di bawah pokok melihat pada kadar teduhan...yang penting anda tahu orkid jenis apa yg harus anda letakkan di bawah kadar cahaya yang baik...
Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan pencahayaan 50% utk hidup subur...
Orkid jenis vanda juga memerlukan pencahayaan 50%-100%...

Di sini ada beberapa PETUA yg biasa dijadikan panduan oleh penggemar orkid...Jika anda ragu2 utk menyiram JGN SIRAM!.Ini kerana ditakuti anda telah melakukan penyiraman berlebihan dan kesan buruk serta tabiat inilah yg menjemput penyakit kepada orkid kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawang dan ia juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya...
    
       Namun begitu kadar penyiraman orkid perlu dilakukan jika
  • Cuaca semasa- iaitu bila cuaca panas sudah tentu penyiramannya agak lebih...sebaik2nya penyiraman harus dilakukan pada setiap pagi dan ptg. 
  • Media tanaman- sekiranya anda menggunakan moss atau lumut yg dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar siraman harus dikurangkan.
  • Iklim mikro- maksudnya iklim kawasan penanaman anda, kerana ia berbeza2 dgn penanam yg lain...
     Jgn melakukan penyiraman pada waktu tengahari kerana air akan bertakung di celah daun dan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari...

  • PEMBAJAAN DAN PEMILIHAN BAJA

    Pembajaan amat penting kpd setiap tanaman kerana ia menentukan tahap kesuburan pokok kita, begitu juga dengan orkid kita...
    Menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah utk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan saja pada satu masa dan JANGAN..menggunakan kepekatan tinggi dan sembur sebulan sekali...itu tidak betul...!  Teknik yang salah hanya merugikan anda..
    Terdpt pelbagai jenis baja dijual di nursery...Saya menggunakan baja yang mengandungi kadar nitrogen(N) yg tinggi...saya mencampurkan setengah sudu teh baja serbuk yg berwarna hijau untuk kesuburan daun serta setengah sudu teh serbuk berwarna merah untuk kesuburan bunga dan mencampurkan setengah tutup racun serangga jenama CH MALAXION 570E..masukkan kedalam baldi yang besar dan kacau....masukkan kedalam tong semburan dan ulangi sehingga selesai...
    Saya juga menggunakan baja organik atau baja tahi kambing setelah semburan dan tabur ke atas pasu yang tidak berbunga bagi menguatkan akar2 orkid serta tumbesaran orkid...





    •  MENGAWAL PEROSAK ORKID

      Kawalan perosak merupakan perkara penting yg perlu anda ambil berat sbb ia mempengaruhi orkid kita. Biasanya yg menyerang orkid kita adalah virus, bakteria, serangga dan kulat. Serangan virus dan bakteria agak sukar kita kenalpasti kerana ia melibatkan kebersihan persekitaran tempat orkid kita...
      Biasanya apabila orkid kita terkena serangan virus, kita harus menghapuskannya....begitu juga dgn serangan bakteria yang membawa kpd pereputan akar dan berbau busuk...kita harus membuang batang yg terkena jangkitan tersebut...biasanya pereputan disbbkan kawasan yg lembap dan kurang pengudaraan yg baik..
      Manakala  serangan kulat pula membawa tanda pereputan hitam di daun, pangkal akar dan pereputan pucuk yg baru naik...jika anda mengamalkan pembajaan serta penjaga an yang baik kepada orkid kita, penyakit2 ini tidak akan datang.....so, kita harus rajin, jgn malas dan sentiasa membelai orkid2 kita agar ia sentiasa cantik, segar dan subur..Sayankan bila kita telah mengeluarkan modal beribu2 ringgit, tetapi malas utk menjaganya...
      SELAMAT MENCUBA TIP2 YG TELAH DIBERIKAN....SEMOGA BERKAT KESABARAN ANDA,ANDA AKAN MENUAI HASIL YANG CANTIK, UNIK DAN MENGUNTUNGKAN... 























      13 comments:

      Unknown said...

      Tkasih byk..perkongsian yg baik utk sya yg baru nk belajar..6 pasu orkid baru sya beli semalam..

      Umair_emkay said...

      terima kasih atas perkongsian.. nak tanya berapa liter air utk sukatan setengah sudu teh baja hijau campur setengah sudu teh baja merah... selama ni x tau boleh campur baja bunga dan baja daun...

      Umair_emkay said...

      terima kasih atas perkongsian.. nak tanya berapa liter air utk sukatan setengah sudu teh baja hijau campur setengah sudu teh baja merah... selama ni x tau boleh campur baja bunga dan baja daun...

      Umair_emkay said...

      siraman ptg yg sesuai jam berapa ya... tunggu redup ke?

      Umair_emkay said...

      siraman ptg yg sesuai jam berapa ya... tunggu redup ke?

      Unknown said...

      pokok orkid sy sedang berbunga, sy ingin mencabut anaknya utk ditanam pd pasu lain, boleh ke, adakah ia akan menjejaskan ibu pokok yg sedang berbunga?

      Unknown said...

      pokok orkid sy sedang berbunga, sy ingin mencabut anaknya utk ditanam pd pasu lain, boleh ke, adakah ia akan menjejaskan ibu pokok yg sedang berbunga?

      Unknown said...

      Pertanyaan x dilayan apada

      اثمدي مهمد said...

      hahahahahaha...cakap sorang2 ker wahai kalian??hahahahahah...aptb....

      ABDUL NASIR BIN MORNI said...

      Byk ilmu yg saya dpt ttng penjagaan bunga orkid ini. Saya rasa kita ada ruang utk berkongsi masalah penanaman orkid.

      Unknown said...

      t.kasih brkongsi ilmu..mintak halal ye

      ForestOrchid said...

      Tk dengan info ini

      noonstar said...

      Terimakasih info 👍 👍 👍