THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 17 March 2011

koleksi orkid...

          Di rumah kediaman saya terdapat beratus2 pokok orkid yang sedang di dalam semaian, sedang membesar dan kebanyakannya sedang bertunas dan berbunga..
Melihat kepada namanya sahaja, kebiasaanya orang akan berkata: wow cantiknya!..wanginya!  eeee..mahalnya! eksotiknya orkid nie! peliknya!..ganjilnya!...amat biasa di dengar di kalangan penggemar orkid dan inilah tarikan yang boleh saya rumuskan mengenai bunga yang amat popular di Malaysia iaitu ORKID atau ANGGERIK...


       Bunga orkid adalah satu tanaman hiasan dengan iklim yang panas dan lembap sepjg tahun..Di negara kita sahaja, taburan orkod liar mencapai ribuan jenis...orkid amat popular di kalangan penggemar flora kerana struktur dan warna bunga yang pelbagai....             

     Ramai yang bertanya kepada saya, susahkah menanam orkid? Komen2 spontan yang selalu saya dengar apabila berkunjung ke pameran orkid oleh para pengunjung adalah spt di bawah:
" Saya minat orkid tapi high maintenance la.."
"Saya suka, tapi tak tau nak jaga..akhirnya mati camtu jer...."
"Tanam orkid? lebih baik tanam bunga lain...senang jaga..orkid susahlah..."
"Bila beli dulu, bunga bukan main banyak....tapi bila dah habis x bunga2 lagi...boringlah.."
Hehehe....itulah antara rungutan spontan mereka yang minat menanam orkid...TETAPI tidak tahu cara2 penjagaannya...di bawah ini adalah beberapa koleksi yang berada di rumah saya....